Kesan penggunaan barang kemas terhadap kulit pernah dikaji oleh William S.Rapson, seorang pakar perunding dari International Gold Corporation di Johannesburg, Afrika Selatan.
Hasil penyelidikannya mendapati bahawa kulit manusia boleh menghasilkan asid amino dan natrium klorida. Apabila kita berpeluh, kedua-dua bahan kimia tersebut akan bertindak balas dengan aloi emas yang dipakai. Kesan reaksi kimia dan geseran kulit, aloi emas dikesan boleh menyerap masuk ke dalam kulit manusia.
Kajian mendapati aloi emas yang kurang daripada 40 nanometer memang terbukti boleh memasuki liang-liang roma kulit. Kajian dermatologi turut menunjukkan penyerapan partikel emas itu boleh dipercepatkan oleh keadaan pH (ukuran keasidan) kulit yang tinggi alkalinya. Dan terbukti, pH kulit lelaki adalah beralkali lebih tinggi daripada perempuan.
Tambahan pula lelaki cenderung memiliki kulit dan bulu roma yang tebal dan kasar pada tubuh badan berbanding kaum wanita. Justeru, geseran antara kulit dan emas adalah lebih hebat. Sebab itu sains mendapati lelaki mampu menyerap partikel emas lebih tinggi daripada perempuan.
Kulit lelaki lebih beralkali dan mampu menyerap partikel emas yang membahayakan kesihatan.
penemuan oleh pasukan penyelidik di University of California, San Francisco (UCSF), begitu mengejutkan apabila mendapati pengumpulan protein ini boleh mempercepatkan proses penuaan.
Kecenderungan protein melekat bersama-sama akan mengakibatkan salur darah tersumbat dan tidak berfungsi, seterusnya menjadi toksik. Apa yang mengejutkan, rupanya kehadiran protein tidak larut ini banyak dikesan dalam otak orang-orang yang menghidap penyakit neurodegenerative, termasuklah Alzheimer, Parkinson dan Amyotrophic sklerosis lateral (ALS).
Emas tidak berbahaya kepada kaum wanita ?
Tidak, ini kerana wanita memiliki hormon estrogen yang dari segi kesihatan ia membantu hal-hal mobiliti dalam peredaran darah. Apabila kepekatan estrogen tinggi terutama semasa haid, salur darah akan mengembang dan membesar untuk keselesaan perjalanan serta pengeluaran darah.
Sebab itulah kenapa partikel emas yang memasuki kulit wanita tidak akan mengalami pengumpulan protein pada salur darah, malah akan turut keluar bersama darah kotor haid. Kelebihan ini bagaimanapun tidak ada pada lelaki.


No comments:
Post a Comment